SEMUA sudah tahu lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan LY dan Baiduri membawa tuah buat Hafiz Suip apabila menjuarai AJL yang berlangsung meriah Ahad lalu. Bagaimanapun timbul rasa tidak puas hati di kalangan pencinta seni apabila Hafiz masih lagi terlupa bagaimana untuk membuat ucapan terbaik selepas menang.
Kali ini dia langsung tidak menyebut ucapan terimakasih kepada pencipta lagu yang menjadikan dia juara kali ini, LY dan Baiduri. Mungkin waktu yang diberikan untuk membuat ucapan itu terlalu singkat sampai Hafiz tidak menyebut nama penting itu, Joyah tidak tahu, tetapi janganlah buat selalu. Nampak sangat Hafiz tak prihatin. Itu karya orang dik, bukan karya awak. Kena ingat tu.
Mungkin peminat Hafiz akan marah Joyah dan kata, dalam keadaan panik tidak disangka-sangka jadi juara, Hafiz boleh terlupa, kita kenalah faham. Ya, kita faham, jadi juara pun ada juga gemuruhnya yang orang lain tak boleh rasa, kecuali kita sahaja. Cuma soalnya, kenapa peminat, keluarga, pengurusan sendiri dia tak lupa? Elok saja meluncur dari bibir dia masa bagi ucapan tu. Nampak sangat komposer tiada dalam senarai di Ć¢kepalaĆ¢ dia. Lagi pula, sudah sah-sah LY dan Baiduri ada di depan mata, naik ke pentas juga, itu pun boleh lupa ke dik? Kronik benar masalah lupa awak ni nampaknya, kena banyak-banyak makan vitamin kuatkan minda ya, sebelum penyakit lupa lebih serius.
Hafiz turut memenangi persembahan terbaik pada malam tersebut yang melayakkan dia membawa pulang RM 10,000. Secara keseluruhan jumlah kemenangan untuk lagu berkenaan adalah RM 45,000 dan sebahgian besarnya masuk ke poket Hafiz. Nah, banyak tu hasil yang berjaya dituai, daripada ilham kreatif pasangan suami isteri tersohor itu. Jadi, belajarlah menghargai orang yang berjasa kepada kita ya.
0 comments:
Post a Comment