Menurut David, buat masa ini dia tidak boleh memberi kenyataan lebih lanjut mengenai perkara itu kerana tidak mengetahui perkara sebenar.
“Kalau tidak silap saya, memang dia mohon cuti selama seminggu. Jadi apa aktiviti dia saya memang tidak tahu.
“Tapi, memandangkan isu ini telah menjadi kontroversi, saya akan cuba dapatkan penjelasan dan pengesahan daripadanya setelah dia kembali bertugas. Kemudian barulah saya akan maklumkan apa yang berlaku.
“Sebab bila berada dalam waktu bercuti, Farid bebas lakukan apa sahaja,” katanya ketika diminta mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.
Pada masa yang sama, David juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku berpunca daripada salah faham.
“Saya memang tidak tahu langsung mengenai perkara ini sehinggalah persoalan ini diajukan kepada saya. Mungkin ada salah faham yang berlaku dalam kenyataannya sebelum ini.
“Bila perkara ini melibatkan pihak polis, sebagai majikan saya akan ambil tahu dan jelaskan perkara yang sebenar, sama seperti isu-isu yang timbul sebelum ini,” katanya.
Sebelum ini menerusi kenyataan sebuah akhbar tempatan, Farid telah membuat kenyataan dia kini sedang menjalani sesi latihan pengambilan anggota baru UTK di Muar, Johor.
Namun pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebarang penyertaan daripada orang awam termasuklah aktor tersebut dalam latihan sulit itu.
0 comments:
Post a Comment