Loading...
Sunday, January 26, 2014

Man Raja Lawak disenarai hitam stesen tv?

CERITA golongan artis menyertai parti pembangkang dan sibuk sama berpolitik bukan perkara baru tidak kira sama ada pembabitan mereka secara terang-terangan mahupun tidak.
Antara yang dikatakan terlibat termasuk Man Raja Lawak, 37, yang menjuarai program realiti tersebut pada musim kelima.
Bukan pertama kali dia dituduh menyertai parti pembangkang dan galak membantu mempromosikan agenda parti pada perhimpunan keramaian termasuk program bercorak ceramah keagamaan.
Biarpun telah menjelaskan keadaan sebenar sebelum ini, Man masih dituduh dengan perkara serupa.
Ini memberi tekanan kepada Man apalagi perkara itu turut menjejaskan periuk nasi lelaki ini yang mencari rezeki sebagai pelawak dan penghibur apabila ada stesen televisyen (TV) menyenaraihitamkan Man daripada tawaran lakonan hanya kerana dia dianggap menyokong parti pembangkang.
Paling mengejutkan ada pengarah yang dikatakan sengaja memberi nama Man kepada stesen TV sehingga menyebabkan namanya tersenarai sebagai artis berhaluan kiri.
Akibatnya, sudah lima bulan Man tidak menerima sebarang tawaran berlakon malah dia terpaksa bergantung kepada tawaran persembahan pentas yang merupakan aktiviti sampingannya. Berikut adalah luahan Man kepada Pancaindera mengenai isu tersebut.
Man Raja Lawak tertekan dengan isu yang mengaitkannya dengan parti pembangkang
Man Raja Lawak enggan terus dikaitkan dengan parti pembangkang


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP