Duo elektronik dari Perancis, Daft Punk, mendominasi Anugerah Grammy 2014 apabila membolot empat trofi utama termasuk Album dan Rekod Terbaik pada majlis yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, semalam.
Guy-Manuel de Homem-Christo dan Thomas Bangalter yang mengenakan sut kemas diacu topi keledar seakan robot ketika tampil di pentas turut mengungguli kategori Album Dansa/Elektronik Terbaik dan Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik.
Keempat-empat anugerah daripada lima pencalonan itu diperoleh menerusi lagu Get Lucky petikan album Random Access Memories.
0 comments:
Post a Comment