Loading...
Friday, January 31, 2014

Mat Damon dari zero ke hero

NAMA Matt Damon di kalangan peminat filem Hollywood sememangnya tidak asing lagi.

Dilahirkan di Cambridge, Massachusetts, anak kepada Kent Telfer Damon dan Nancy Carlsson ini berbakat besar sejak kecil lagi.

Damon juga mempunyai seorang adik yang juga seorang artis Hollywood, Kyle Damon.

Damon mengikut keluarganya berpindah ke Newton dan tinggal di sana selama dua tahun. Namun ibu dan bapanya berpisah dan menyebabkan
Damon dan adiknya mengikut ibunya kembali ke Cambridge.

Membesar bersama Ben Affleck yang juga kawan karibnya sejak zaman kanan-kanak, turut bergandingan dalam beberapa buah filem.

Semasa kecil, Damon dikatakan seorang pelajar berdisiplin, namun tidak mempunyai keyakinan diri disebabkan fizikalnya yang lebih rendah daripada pelajar lain.

Damon telah diberi peluang oleh gurunya untuk menjadi pelakon dalam beberapa produksi teater sekolah.

Dia dinilai oleh oleh guru drama di Cambridge Rindge & Latin School, Gerry Speca yang juga individu penting membentuk Damon menjadi pelakon.

Meningkat dewasa, Damon melanjutkan pelajaran ke universiti Harvard pada 1988-1992 tetapi tidak sempat menamatkannya.

Sewaktu belajar, dia didedahkan dengan subjek teater dan pernah berlakon dalam beberapa teater seperti Winthrop House dan A My Name is Alice tetapi watak yang dibawa tidak memberikan kepuasan terhadapnya.

Selepas tercicir dari universiti, Damon ke Los Angelas untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan.

Aura Damon

Debut pertama dalam dunia perfileman pada 1988 ketika usianya 18 tahun dengan satu baris dialog dalam filem komedi MyStic Pizza.

Pada 1992, Damon memegang watak besar menerusi filem Geronimo: An American Legend bersama Gene Hackman dan Jason Patric.

Damon kemudiannya ke uji bakat untuk filem Cutthroat Island dan kemudiannya tampil memegang watak sebagai seorang askar yang ketagihan dadah dalam Courage Under Fire.

Tahun 1999, merupakan tahun yang bermakna buat Damon apabila berjaya menembusi pasaran Hollywood. Bersama paparazi Rino Barillari, Damon dan Aflleck menulis skrip untuk satu watak genius matematik.

Menerima nasihat daripada pengarah Rob Reiner, penulis skrip William Goldman dan pengarah Kevin Smith, mereka berdua membuat perubahan kepada skrip.

Akhirnya mereka berjaya membawa filem Good Will Hunting menerima sembilan pencalonan Acamedy Award.

Damon dicalonkan untuk anugerah Pelakon Terbaik untuk filem yang sama serta menerima anugerah Oscar sebagai Pelakon Terbaik.

Pada 1997, Damon menerajui drama kritikal The Rainmaker dan didiiktiraf oleh Los Angelas sebagai pelakon muda berbakat.

Sebaris bersama beberapa pelakon handalan Hollywood seperti Brad Pitt, George Clooney, Andy Garcia dan Julia Robert, Damon berjaya mengukir namanya pada 2001.

Pada 2001 hingga 2007, Damon diberi pengiktirafan antarabangsa  sebagai sebahagian daripada dua francais filem utama.

Pada Ogos 2007, majalah Forbes menyenaraikan Damon sebagai jutawan disebabkan filem yang dibintanginya sering mendapat sambutan memberangsangkan.

Bermula 2007, Damon banyak melakonkan filem aksi seperti menjadi pegawai polis dan tentera seperti filem The Good Shepherd, The Department, Che Guevera (2008), The Informant (2009) dan The New Republic.

Sepanjang penglibatan dirinya dalam industri Hollywood, Damon menerima 52 pencalonan anugerah dan memenangi 19 daripadanya.

Pelakon serba boleh

Seperti yang diketahui ramai, Damon sememangnya cukup sinonim dengan watak askar. Kali ini dia dia kembali sekali lagi dengan filem The Monuments Men yang dijadualkan bakal menemui penonton pada penghujung Februari ini.

“Ini merupakan satu penghormatan buat diri saya kerana saya bukanlah pelakon yang hebat,” katanya.

Filem arahan George Clooney ini, menampilkan Damon sebagai Frank Stokes.

Filem berdurasi 118 minit ini, berkisarkan penulisan Robert M.Edsel, The Monument Men yang mengisahkan sejarah sebenar kisah luar biasa daripada tujuh ahli sejarah dan ahli muzium  ketika Perang Dunia II.
style="background-color: white; color: #1d1d1b; font-family: 'Open Sans', sans-serif; font-size: 13px; text-align: justify;" />
Turut membintangi The Monuments,  Bill Murray, Cate Blanchett, John Good man dan Jean Dujadin.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP