USIA perkahwinan pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta sudah lebih sebulan. Memang tidak dapat dinafikan perkahwinan mereka sangat meriah dan diadakan pada satu tarikh yang sangat unik iaitu 11 Disember 2013 (11.12.13). Ramai juga pasangan kekasih dilihat telah memilih tarikh tersebut untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.
Namun, sudah semestinya ramai yang beralih untuk berbicara mengenai perkahwinan Che Ta, 41, dengan anak muda, Zain Saidin, 30. Mana tidaknya, perkahwinan Che Ta mendapat tajaan yang sangat banyak sehingga dikatakan menelan belanja RM13 juta. Belanja majlis perkahwinan Che Ta adalah yang tertinggi oleh artis negara ini selepas beberapa pasangan artis lain yang menjangkau berjuta-juta ringgit.
Jadi, tidak hairan andai perkahwinan pasangan ini dinobatkan sebagai Wedding of the Year. Sekarang, Che Ta dan Zain sudahpun selamat bergelar suami isteri dan mereka sungguh bahagia. Pergi berbulan madu di Itali pun sudah. Mereka kelihatan mesra berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram masing-masing dan sebenarnya kedua-duanya telah menghabiskan masa sebaik mungkin dengan mengunjungi tiga bandar di Itali iaitu Venice, Milan dan Rome.
Banyak juga cerita yang diperolehi dalam perkongsian Che Ta mengenai kehidupannya kini. Bukan setakat dapat tawaran berlakon bersama, malah Che Ta sebenarnya juga mempunyai hasrat yang sememangnya diingini oleh setiap isteri mahupun suami selepas berkahwin.
Menurut Che Ta, dia sebenarnya sangat teruja untuk mengandung lagi dan sememangnya ingin mempunyai anak sendiri bersama Zain.
"Saya sebenarnya sangat teruja untuk hamil semula. Kalau boleh secepatnya kerana usia saya juga sudah meningkat. Itulah yang menjadi kerisauan buat saya. Tetapi, apabila mendengar kisah kawan baik saya yang juga pelakon, Didie Alias kembali mengandung dalam usia 40-an, ia telah mengembalikan semangat saya dan suami.
"Kami juga sudah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan buat masa sekarang saya tidak mengambil sebarang suplemen untuk mendapatkan anak. Semua itu bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. Kalau ikutkan Zain mahu anak lelaki dan saya pula mahu anak perempuan," selorohnya yang juga sudah mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16, daripada perkahwinan terdahulu.
\
0 comments:
Post a Comment