Loading...
Monday, January 27, 2014

Macklemore & Ryan Lewis Bawa Pulang Empat Trofi Anugerah Grammy 56


Pasangan penyanyi Ryan Lewis (kiri) dan Macklemore menerima anugerah Artis Baru Terbaik pada Anugerah Grammy Ke-56 yang berlangsung di Los Angeles, California.
ANUGERAH Grammy yang sedang berlangsung di Staples Center, Los Angeles menyaksikan kumpulan rap, Macklemore dan Ryan Lewis mendahului senarai pemenang apabila menerima empat anugerah termasuk Artis Baru Terbaik.
Kumpulan itu turut mendomonasi kategori Rap/Hip Hop apabila memenangi anugerahAlbum Rap Terbaik, Persembahan Rap Terbaik dan Lagu Rap Terbaik menerusi Thrift Shop.
Sementara itu kumpulan Daft Punk pula menerima anugerah utama iaitu Album Terbaik (Random Access Memories) dan Lagu Terbaik (Get Lucky).

Bruno Mars menang Album Pop Terbaik.
Kumpulan virtual itu turut menerima satu lagi anugerah iaitu Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik bersama Pahrell William menerusi lagu sama.
Mengikuti rapat pasangan duet itu adalah Justin Timberlake yang mendapat tiga anugerah setakat ini menerusi kategori Kolaborasi Rap Terbaik bersama Jay-Z menerusi lagu Holy Grail.
Penyanyi berusia 33 tahun itu turut menggondol trofi menerusi kategori Video Muzik Terbaik(Suit & Tie) dan Lagu R&B Terbaik (Pusher Love Girl).

Lorde mendapat dua anugerah.

Pemenang lain adalah Alicia Keys, Album R&B Terbaik (Girl On Fire), Rihanna, Album Urban Kontemporari Terbaik (Unapologetic) dan Unorthodox Jukebox daripada Bruno Mars sebagaiAlbum Pop Terbaik.
Manakala, penerbit terkenal Pharell William dianugerahkan dengan trofi Penerbit Terbaik.
Penyanyi Beyonce dan suaminya, Jay-Z membuka tirai persembahan acara itu dengan Drunk in Love selain Madonna dan Hunter Hayes.
Sebanyak 72 kategori dipertandingkan pada tahun ini.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Grammy ke-56.
Album Terbaik:Daft Punk, Random Access Memories
Rekod Terbaik:Daft Punk, "Get Lucky"
Lagu Terbaik:Lorde, "Royals"
Album Country Terbaik:Kacey Musgraves, Same Trailer Different Park
Album Pop Terbaik:Bruno Mars, Unorthodox Jukebox
Kolaborasi Rap Terbaik:Jay Z Featuring Justin Timberlake, "Holy Grail"
Persembahan Solo Terbaik:Lorde, "Royals"
Lagu Rock Terbaik:Dave Grohl, Paul McCartney, Krist Novoselic, and Pat Smear, "Cut Me Some Slack"
Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik:Daft Punk Featuring Pharrell Williams and Nile Rodgers, "Get Lucky"
Artis Baru Terbaik:Macklemore and Ryan Lewis
Album Rock Terbaik:Led Zeppelin, Celebration Day
Penerbit Terbaik:Pharrell Williams
Persembahan Rock Terbaik:Imagine Dragons, "Radioactive"
Lagu Country Terbaik:Kacey Musgraves, "Merry Go Round"
Persembahan Lagu Country Terbaik:Darius Rucker, "Wagon Wheel"
Persembahan Lagu Country Duo/Berkumpulan Terbaik:the Civil Wars, "From This Valley"
Lagu Filem Terbaik:Paul McCartney, Live Kisses
Video Muzik Terbaik:Justin Timberlake Featuring Jay Z, "Suit and Tie"
Album Blues Terbaik:Ben Harper With Charlie Musselwhite, Get Up!
Album R&B Terbaik:Alicia Keys, Girl on Fire
Album Urban Kontemporari Terbaik:Rihanna, Unapologetic
Lagu R&B Terbaik:Justin Timberlake, "Pusher Love Girl"
Persembahan Rap Terbaik:Macklemore and Ryan Lewis Featuring Wanz, "Thrift Shop"
Lagu Rap Terbaik:Macklemore and Ryan Lewis Featuring Wanz, "Thrift Shop"
Album Rap Terbaik:Macklemore and Ryan Lewis, the Heist

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP