Loading...
Thursday, January 23, 2014

Zizan jadi pilihan?

  
HASIL undian orang ramai telah menyenaraikan nama pelawak dan pengacara, Zizan Razak menerima pencalonan terbanyak menerusi program berprestij, Anugerah Bintang Popular 2013.

Pengacara program Melodi itu tersenarai dalam lima kategori yang dipertandingkan iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular.

Selain itu bagi kategori dalam talian, Zizan tersenarai dalam dua kategori iaitu Gandingan Di Layar Serasi bersama Siti Saleha dan Artis Berpengaruh Di Laman Media.

Kelmarin bertempat di Hotel Royal Chulan, pengumuman lima finalis bagi 22 kategori termasuk dalam talian telah dijalankan.

Selain menampilkan nama-nama besar, kali ini anugerah berprestij ini turut memperlihatkan bakat-bakat baharu yang terpilih dalam lima pencalonan terbaik antaranya Nomad (Artis Baru Lelaki Popular), Chacha Maembong (Artis Baru Wanita Popular), Raja Ilya (Pelakon TV Wanita Popular), Pekin Ibrahim (Pelakon Filem Lelaki Popular), Jihan Musa (Artis Komedi Wanita Popular) dan Nik Michael Imran (Pengacara TV Lelaki Popular).


Lebih menarik, sebanyak dua kategori baru dalam talian telah diperkenalkan iaitu Chef Selebriti Paling Popular dan Aksi Di Youtube Paling Popular menggantikan kategori Artis Asia Paling Popular dan Watak Animasi Tempatan Popular.

Mengetengahkan tema ’Magis Alam’, majlis pengiktirafan ini akan berlangsung pada 6 April 2014 di Arena of Stars, Genting Highlands dan akan bersiaran menerusi TV3 dan Hot FM.

Peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 23 Januari hingga 11 Mac depan untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori sekali gus memilih Bintang Paling Popular 2013

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP