Pengacara dan pelakon Farish Aziz mengakui gementar apabila berhadapan saat-saat isterinya melahirkan anak pertama mereka secara normal pada pukul 9.23 pagi Sabtu.
Farish, 30, berkata, dia berada disamping isterinya Zahrah Fowzi, 30, selama hampir empat jam bagi memberi sokongan dan semangat kepada isterinya melalui detik-detik cemas tersebut.
"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya melalui pengalaman yang sangat berharga melihat bagaimana isteri saya melalui saat melahirkan bayi.
"Ketika itu saya rasa seperti tidak berguna kerana tidak dapat membantu dia yang dalam kesakitan itu, apa yang saya mampu adalah berada di sisinya dan beri semangat untuk dia yang dalam kesakitan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Farish berkata, bayi lelaki tersebut dilahirkan dengan berat 2.9 kilogram di Hospital Pakar Kota Kinabalu , Sabah.
Dalam pada itu, Farish berkata, perasaan gembira dan bersyukur ketika menyambut cahaya mata tersebut tidak dapat digambarkan.
"Saya rasa seperti berada di awang-awangan selepas melihat bayi itu lahir, sukar untuk gambarkan perasaan saya ketika itu.
"Saya hanya berdoa dan bersyukur kerana semuanya selamat," katanya yang masih belum membuat keputusan untukn memberi nama kepada bayi tersebut.
Sementara itu, bercakap tentang perkembangan kerjaya, Farish berkata, buat masa ini dia banyak mengambil tawaran-tawaran bekerja di Sabah bagi memudahkan urusan dan masa bersama keluarga.
0 comments:
Post a Comment