Loading...
Friday, January 24, 2014

Findlay mengorak langkah

BERASAL dari Cookham, Bershire, Jessica Brown Findlay dilahirkan pada 14 September 1989 dan merupakan seorang pelakon Inggeris yang sangat popular.

Findlay dikenali ketika memegang watak sebagai Lady Sybil Crawley dalam Downtin Abbey dan Emelia Canon Doyle menerusi komedi British.

Pada usia 15 tahun, Findlay dilatih di Balet diraja, dia dijemput untuk menari dengan Royal Opera House untuk musim panas.

Ibunya yang  berasal dari Beverley merupakan pembantu dan bekas jururawat seorang guru dan bapanya, Cristopher Findlay bekerja sebagai penasihat kewangan dan bekas pegawai bank pelaburan.

Findlay menerima pendidikan di sebuah sekolah di Maidenhead dan kemudiannya diterima di beberapa sekolah balet namun memilih untuk ke sekolah pendidikan seni yang menyediakan kursus A-level.

Setelah bersekolah selama dua tahun di sana, Findlay mengalami kecederaan pada pergelangan kaki dan terpaksa menjalani pembedahan.

Disebabkan kecederaan itu, dia tidak dibenarkan menari lagi.

“Saya selalu melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan kesannya tetapi tidak menyangka yang saya terpaksa berhenti daripada balet,” katanya.

Sejak peristiwa tersebut dia berasa begitu kecewa dengan kehidupan dan hampir putus asa.


Namun hasil dorongan daripada guru seninya, Findlay berjaya menamatkan pengajian di sekolah pendidikan seni.

Findlay kemudiannya menjalani kursus seni halus di St Martin dan semasa berada di sana minatnya terhadap seni lakonan bermula.

“Pada mulanya saya begitu kekok, namun selepas mengharunginya baharu saya dapat merasakan satu kepuasan selepas melakukannya.

“Dari situ minat dan keinginan ini timbul yang lama kelamaan membuatkan saya berusaha melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Pada 2013 nama Findlay mula melonjak naik apabila berjaya memberi impak yang baik kepada penonton menerusi watak Beverly Penn.

Filem adaptasi daripada novel Winter dan Frankenstein Findlay berjaya menarik ramai pengarah-pengarah membuka mata.


Dari siri televisyen

Turut mencipta nama sebagai bintang siri televisyen, bakat Findlay kemudiannya dihidu pengarah dan penerbit tersohor untuk membintangi filem mereka.

Diberikan watak dalam filem Emilia Albatross yang diarahkan oleh Niall Mc Cormick, dia kemudiannya diberi kepercayaan untuk menjayakan dua episod E4 Misfit dan Abbey Downton.

Dia kemudiannya muncul dalam episod kedua Saluran 4 Black Mirror dan pada 2012 dia diambil menjadi model untuk memperagakan barang kemas Dominic Jones yang sekali gus berjaya diberikan kepercayaan sekali lagi dalam, No More Happy, oleh John McKay.

Tim Burton berjaya melihat bakat yang dimiliki Findlay untuk berlakon dalam Alice in Wonderland yang digandingkan dengan pelakon Australia, Mia Wasikowska.

Sepanjang karier sebagai salah seorang selebriti, Findlay pernah dicalonkan dalam anugerah British Indipendent Film Awards pada 2011 sebagai artis baharu popular.

Manakala pada 2012, dia turut dicalonkan dalam anugerah Evening Standart British Film Awards yang juga dalam kategori pelakon muda popular untuk filem Albatross 2011.

Perjalanan seninya boleh dikatakan baharu bermula namun terbit satu sinar yang memperlihatkan dirinya bakal setanding dengan barisan pelakon hebat Hollywood yang lain.


Winter’s Tale

Dalam perkembangan terbaharu, Findlay muncul dalam filem Winter’s Tale yang akan dijadualkan pada pertengahan Februari ini.

Menurutnya, ia merupakan satu penghormatan besar apatah lagi ramai aktres jelita yang inginkan watak itu.

“Saya gembira menewaskan ramai pelakon lain yang memiliki kehebatan dalam lakonan mereka dan itu adalah satu persaingan yang sihat,” ujarnya.

Dalam masa sama aktor kacak Collin Farell (Peter Lake) turut menandatangani kontrak bersama barisan pelakon filem itu seperti Jennifer Connelly, Will Smith, Matt Borner dan Russell Crowe.

Filem berdurasi dua jam sembilan minit ini merupakan filem cinta sejati di mana Beverly Penn (Findlay) merupakan waris perempuan yang kaya tetapi memalsukan kematiannya.

Bagaimanapun, dia dan Peter jatuh cinta. Dalam pada itu berlaku satu konflik di mana, Soames masih mengekori Peter kerana mengetahui satu rahsia pembunuhan.

Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang dikarang oleh Mark Helprin dan diarahkan oleh Akiva Goldsman.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP