Loading...
Wednesday, January 22, 2014

Paris Hilton buat rumah mewah untuk anjing!!



Bukan sesuatu yang luar biasa apabila Paris Hilton sanggup berbuat apa saja demi haiwan peliharaan kesayangannya. Selain membawa anjingnya ke mana saja sebagai teman, pelakon, model dan usahawan itu turut mencurahkan kemewahan untuk haiwan berkenaan. 

Terbaharu, pewaris rangkaian hotel terkemuka itu dalam perancangan membina kediaman untuk mereka dan lebih istimewa, ia sama seperti rumah didiami Hilton supaya haiwannya lebih selesa. 

Dilengkapi barangan mewah 


“Rumah anjing itu nanti umpama rumah mini saya. Ia akan dilengkapi perabot, penghawa dingin, lampu chandelier dan TV skrin rata. Ia tentu hebat dan disenangi mereka,” katanya yang mengakui anjingnya suka menonton TV. 

Kongsi wanita ini lagi, demi kemudahannya untuk keluar masuk, saiz rumah terbabit direka agak besar, malah dilengkapi barangan mewah. Difahamkan, kini beliau membela 17 anjing pelbagai baka dengan nama istimewa iaitu daripada Dolce hinggalah Monroe.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP