Loading...
Monday, January 27, 2014

Shah Ruk Khan cedera buat org panik

DUNIA hiburan Bollywood kecoh apabila bintang popularnya, Shah Rukh Khan (SRK) alami kecederaan ketika menjalani penggambaran filem terbarunya, Happy New Year.

Dikatakan kecederaan tangan kirinya itu berpunca daripada serpihan kaca dari pintu yang dipecahkan semasa penggambaran dijalankan.



Kejadian itu membuatkan kru yang bertugas panik dan terus membawa pelakon itu mendapatkan rawatan doktor dan disahkan luka yang dialaminya tidak serius.

Biarpun tidak serius, namun kecederaannya mendapat perhatian seluruh peminatnya di India dan itu membuktikan bahawa SRK benar benar disayangi.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP