Loading...
Sunday, January 26, 2014

Princess Cinta Penelope atau Penelope kembali panas

BELUM reda cerita tentang kelahiran anak luar nikahnya, nama Princess Cinta Penelope atau Penelope kembali panas apabila dikatakan sudah berkahwin dengan seorang kakitangan stesen televisyen swasta, Trans7 baru-baru ini.
Malah perkahwinan penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu dengan lelaki yang dikenali sebagai Donny itu kononnya untuk menutup kontroversi yang membabitkan namanya itu.
"Apa yang penting sekarang ini saya sudah berkahwin. Jadi tutup buku lama," tegas Penelope sambil memberitahu tertawan dengan kematangan suaminya walaupun baru berkenalan selama sembilan bulan.

Enggan mengulas lanjut tentang peribadi suaminya itu kata Penelope, Donny tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada anak mereka, Princess Aqeela Claudia Cruz.
Biarpun menyedari perkahwinannya itu bakal dipandang negatif kerana seolah-olah ingin mengalihkan perhatian masyarakat terhadap kesalahannya sebelum ini namun penyanyi yang dikenali menerusi lagu Keong Racun itu tidak kisah.
Biarpun ada pihak yang mengejinya kerana bersuami seorang pekerja biasa namun kata Penelope, dia reda.
"Saya seperti wanita lain di luar sana. Saya memerlukan seorang lelaki yang boleh melindungi saya dan anak.
"Tidak kiralah bagaimana latar belakang atau pekerjaannya, asalkan dia boleh membantu, saya terima," katanya sambil memberitahu sanggup berkorban kebahagiaan dirinya demi Princess Aqeela Claudia Cruz.
Pertengahan tahun lalu, industri hiburan Indonesia digembarkan dengan tindakan Penelope yang tiba-tiba memperkenalkan anak luar nikah itu kepada khalayak.
PANAS

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP