Seorang pengarah drama baru-baru ini bercerita kepada SS mengenai sikap seorang artis lelaki yang sudah berkahwin membawa teman wanita ke lokasi penggambaran. Bukan sehari, tetapi dua hari wanita itu menemani artis itu siang malam di lokasi.
SS diberitahu, pada hari ketiga penggambaran, wanita itu segera pulang apabila mendapat tahu isteri si artis terbabit mahu ke lokasi menjenguk suaminya.
Sebaik saja melihat kelibat isteri di lokasi terus artis itu berubah watak menjadi suami soleh dengan mencium dahi si isteri dan bertanya khabarnya serta anak-anak.
Waduh...si isteri pun senyum meleret. Kepenatan terus lenyap begitu saja kerana si suami tak henti-henti melemparkan senyuman manis buat isteri diiringi gurauan dan kata-kata manja.
Waduh...si isteri pun senyum meleret. Kepenatan terus lenyap begitu saja kerana si suami tak henti-henti melemparkan senyuman manis buat isteri diiringi gurauan dan kata-kata manja.
Kru dan pengarah yang melihat drama sebabak artis itu dengan isterinya macam nak muntah hijau. Dua malam dia bermalam dengan wanita lain, tetapi sekarang memainkan peranan sebagai suami sejati dan beriman.
Tambah kasihan pengarah kepada si isteri apabila dia beriya-iya bercerita suaminya baik, bapa penyayang, rajin solat dan membaca al-Quran. Daripada cerita si isteri, artis itu adalah lelaki yang cukup sempurna di matanya. Nampaknya artis itu sangat bijak bermain sandiwara apabila berada di rumah.
Walaupun pengarah itu simpati dengan nasib si isteri, tetapi dia mengiyakan saja kata-kata si isteri kerana dia tidak berhak masuk campur dalam hal rumah tangga orang.
Kalau pengarah itu cerita sikap sebenar artis pasti si isteri tidak percaya kerana dia berjaya memainkan peranannya dengan baik depan isterinya. Lantas tak perlulah dia buang masa bercerita kepalsuan artis itu depan isterinya kerana kelak dia pula dituduh menabur fitnah.
Hanya yang mampu dilakukan pengarah berdoa agar artis itu berubah sebagaimana yang digambarkan oleh isterinya.
0 comments:
Post a Comment