Loading...
Monday, January 27, 2014

Lebar sayap ke London

DARI ratu cantik dia hadir untuk menempatkan diri dalam barisan selebriti Bollywood yang hebat dan disanjungi oleh semua peminat. Memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, rupa-rupanya figura yang diberi nama Priyanka Chopra ini menyimpan satu rahsia.
Sudah lama juga hasrat itu disimpan. Akhirnya, impian itu direalisasikan setelah dua tahun menempa dalam bidang nyanyian.
Baru-baru ini, wanita berusia 32 tahun itu terbang ke kota London semata-mata untuk pelancaran single ketiganya, I CanĂ¢€™t Make You Love Me.
Laporan The Indian Express menyatakan kehadiran Priyanka di London membuatkan ramai peminatnya berasa pelik dan hairan.
Ada juga yang mempersoalkan tindakan Priyanka yang berani untuk melancarkan single baharunya di sana.
Bercakap kepada The Indian Express, Priyanka memberitahu, banyak benda yang perlu diketahui oleh peminat.
Katanya, itu adalah single solo pertamanya yang juga merupakan lagu dendangan asal penyanyi Bonnie Raitt.
"Sebenarnya Bonnie adalah sebab kenapa saya menjadi penyanyi seperti sekarang. Lagu itu saya nyanyikan semula tetapi berbeza daripada lagu asal yang berkonsepkan balada.
"Saya cuba tampilkan kelainan dan menggunakan unsur tarian dalam versi nyanyian saya. Jika saya membuat satu lagi single selepas ini, saya memang berharap akan menjadikan lagu ini sebagai single solo pertama saya," ujar Priyanka.
Priyanka sebelum ini pernah merakamkan dua lagu solo yang berjudul In My City dan Exotic yang telah membawanya dalam dunia nyanyian yang sehingga kini menjadi pilihannya.
Penampilannya sebagai penyanyi juga telah membuatkan dia menjadi perhatian ramai dan telah mengumpul ramai peminat. Tambahan dua lagu sebelum ini merupakan lagu duet bersama Will.I.Am dan Pitbull.
Dengar cerita seperti yang dipetik laporan Daily Mail, Priyanka juga telah membuat penggambaran bagi klip video lagu baharunya itu di Los Angeles. Video itu merupakan arahan Jeff Nicholas dan Jonathan Craven yang juga telah mengarahkan klip video lagu Rihanna iaitu What Now.
Mahu seimbang
Antara permintaan Priyanka kepada peminatnya adalah jangan menentang dirinya.
Mana tidaknya, sekian lama berada dalam industri dia adalah pelakon yang sangat berpotensi dan berbakat. Tidak hanya bersandarkan kepada kecantikannya, Priyanka sebenarnya memang disegani ketika berlakon.
Namun kini, atas sebab dia sudah menceburkan diri dalam nyanyian, harapannya supaya peminat tidak menghalang niatnya untuk menjadi seorang yang versatil.

Sebenarnya, pelakon seksi itu turut memberitahu bahawa jadualnya sebagai selebriti sepanjang tahun ini sangat padat.
"Semuanya saya susun dengan baik dan tidak dinafikan rezeki yang saya peroleh sangat berbaloi dengan penantian selama ini. Selain menyanyi, saya juga turut memberikan fokus dan komitmen yang seimbang dalam lakonan.
"Saya ada terima beberapa tawaran berlakon filem dan saya sudah bersedia untuk menghadapi semua itu. Buat masa ini, rasanya saya tiada perancangan untuk memperlahankan kerjaya saya.
"Buat masa ini, kerjaya saya tidak diganggu oleh sesiapa dan saya gembira dengan perkara itu. Saya buat benda yang berbeza," katanya kepada Hindustan Times.
Wanita tercantik 2013
Buat masa ini bekas pemenang Miss World 2000 itu memang sibuk. Ada laporan mengatakan dia merupakan antara pelakon wanita terkaya di India. Mengikut laporan sportrichlist.com, pendapatan Priyanka mencecah angka RM26.6 juta setahun. Bayangkan itu merupakan satu angka yang sungguh menakjubkan.
Sudahlah cantik, seksi pula, mana tidak laku. Baru-baru ini dia juga telah disenaraikan dalam 13 wanita tercantik bagi tahun 2013 seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal antabangsa.
Beberapa media telah menanyakan soalan tentang kecantikan yang dimilikinya itu. Mengikut laporan Hindustan Times, Priyanka menjelaskan dalam menjaga kecantikan diri, dia sentiasa bersemangat dan elakkan diri daripada sebarang tekanan.
"Jika mengalami tekanan, saya akan cuba bersabar dan mencari tempat sesuai yang boleh merehatkan minda. Sebab itu, setiap tekanan itu akan cuba saya selesaikan dengan baik dan secara rapi.
"Dari segi imej pula, saya hanya memakai jeans dan T-shirt. Bagi saya, jika berpakaian terlalu cantik sepanajang masa adalah sesuatu yang benar-benar menjengkelkan," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP