Loading...
Tuesday, January 28, 2014

Anugerah MeleTop Era Artis sedia 5 kategori

Buat julung kalinya, anugerah yang mengiktiraf karyawan seni tanah air berdasarkan undian peminat, Anugerah MeleTOP Era (AME) bakal bersiaran di Astro pada 8 Februari ini.
Dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa, AME mempertaruhkan 17 kategori.
Ia merupakan sebuah majlis anugerah yang dianjurkan melalui kerjasama program MeleTOP yang selama ini bersiaran di Astro Ria bersama radio Era FM.
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, matlamat utama penganjuran AME adalah untuk mengiktiraf dan menghargai bakat dan karya kreatif selebriti tempatan yang banyak menyumbang dalam industri seni hiburan tanah air merangkumi pelbagai bidang seperti muzik, radio, televisyen, filem, digital serta artis serantau.
"Memandangkan ini anugerah pilihan peminat, kami memberikan kuasa sepenuhnya kepada mereka untuk mengundi sejak senarai awal pencalonan fasa pertama dibuka bagi menentukan senarai lima calon terbaik.
"Daripada lima calon yang disenarai pendek, peminat sekali lagi diberi kuasa untuk menentukan pemenang setiap kategori yang disediakan," katanya ketika majlis pengumuman senarai penuh lima calon akhir di ibu kota, baru-baru ini.
Khairul Anwar berkata, pemenang bagi 14 kategori anugerah iaitu Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Penyampai Baru Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Program TV MeleTOP, Bintang TV MeleTOP, Bintang Siber MeleTOP, Couple MeleTOP, Artis Baru MeleTOP, Fesyen MeleTOP dan Artis Serantau MeleTOP ditentukan menerusi undian tertinggi yang diundi oleh peminat.

Sementara Anugerah Top Top MeleTOP (Lelaki & Wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang memperoleh jumlah undian tertinggi di kalangan calon lima terbaik dan semua 16 kategori ini menyediakan wang tunai RM5,000 untuk pemenang beserta trofi.
"Bagaimanapun, bagi Anugerah WeChat MeleTOP, ia akan ditentukan berdasarkan undian tertinggi menerusi aplikasi WeChat yang diterima selebriti yang tercalon dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP