Loading...
Tuesday, January 28, 2014

Pam Dawber, Robin Williams bersatu semula

Robin Williams (kiri) dan Pam Dawber. Gambar bawah; Williams dan Dawber ketika menjayakan siri Mork & Mindy.
Tiada siapa yang dapat menggoda pelakon Pam Dawber kecuali Robin Williams. Jika anda masih ingat lagi sekitar 1978 hingga 1982, menerusi sitkom komedi, Mork & Mindy, mereka digambarkan sebagai pasangan pelik dan mendapat liputan hebat, sebelum kedua-duanya terpisah apabila masing-masing melayari bahtera rumah tangga. 

Kali terakhir Dawber dilihat beraksi di skrin ialah sekitar tahun 2000. Namun, bagi tempoh yang cukup lama, kedua-duanya tidak pernah digandingkan lagi sehinggalah pasangan ini kembali semula menerusi sitkom terbaharu, The Crazy Ones. 

Terlalu teruja, Williams, 62, berkongsi berita gembira itu dengan mengumumkannya menerusi laman sosial Instagram miliknya sambil memuat naik gambar lama mereka ketika menjayakan Mork & Mindy. 


“Inilah impian yang menjadi kenyataan. Ia akan menjadi suatu yang menyeronokkan apabila dapat bekerja sekali lagi dengan beliau,” kata Williams kepada CBS. 

Dalam The Crazy Ones, Dawber memegang watak sebagai pengarang yang keluar berjanji temu dengan seorang lelaki iaitu Williams, yang teragak-agak dalam percintaan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP