Loading...
Wednesday, January 22, 2014

PERCUBAAN Lindsay Lohan dakam penerbitan filem

PERCUBAAN Lindsay Lohan dalam menerbitkan filem triller, The Canyon pada 2013, bukanlah penutup terhadap keinginannya untuk bergelar seorang penerbit tersohor di Hollywood.

Meskipun filem itu tidak mendapat pulangan yang lumayan, namun Lohan tetap optimis menghasilkan filem baharu, Inconceivable, yang bakal memulakan penggambaran tahun ini.

Menurut Lohan, filem itu masih dalam proses perbincangan skrip dan bakal menelan kos sehingga US$5 juta (RM15 juta).

"Saya akan turut serta membintangi filem ini dan siapa yang berlakon di samping saya masih dalam perbincangan. Namun saya terfikir untuk menjemput Jessica Lange dan Juliette Lewis bagi membintangi filem ini," kata Lohan yang masih merahsiakan tema dan jalan cerita filem terbaharunya itu.

Sementara itu, Lohan memberitahu, filemnya itu hanya akan ditayangkan di beberapa negara sahaja, sebelum mengeluarkannya dalam bentuk VCD bagi edaran ke seluruh negara.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP