Loading...
Thursday, January 30, 2014

Qi Razali Tak puas hati upload gambar kontroversi senrose

Pelakon dan pengacara Qi Razali tertekan apabila pelakon Sharnaaz Ahmad bertindak memuat naik gambar promosi drama Bukan Kerana Aku Tak Cintabersama teman wanitanya, Nelydia Senrose sebelum ini sehingga dia bertindak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap aktor itu di laman sosial Twitter.
Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 36, berkata, tekanan turut memuncak apabila rakan-rakannya mula bertanya dan menghantar gambar-gambar tersebut kepadanya untuk penjelasan berhubung tindakan aktor tersebut.
"Saya dalam situasi terkejut pada ketika itu tambahan pula ramai rakan-rakan yang bertanya dan menghantar gambar-gambar tersebut kepada saya membuatkan saya tertekan sehingga bertindak meluahkan perasaan di Twitter.
"Tambahan pula ketika itu saya sedang mengalami sakit belakang akibat kemalangan yang dialami beberapa hari sebelum itu menambahkan tekanan," katanya.
Bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Sharnaaz menerusi laman sosial Twitter miliknya sebelum ini.
Dalam pada itu, Qi mengakui sebagai seorang selebriti dia seharusnya lebih memahami dan tidak berasa cemburu terhadap kerjaya Nelydia sebagai seorang pelakon.

Kata Qi, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan kekasihnya itu cuma terkilan dengan kapsyen romantis yang ditulis Sharnaaz pada gambar-gambar yang dimuat naiknya ke laman Instagram.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP