Loading...
Sunday, January 26, 2014

Wawa pon ader musuh gak!

MISS J dapat tahu pelakon Wawa Zainal dikecualikan daripada sebarang tindakan disiplin kalau dia ingin menyambung semula kerja dengan syarikat yang dinaungi, Metrowealth International group Sdn. Bhd. (MIG). Maklumlah kontrak Wawa masih berbaki lagi.
Biarpun Wawa pernah melukakan hati orang penting dalam MIG sebab membelakangi mereka dalam soal perkahwinannya dengan pelakon Aeril Zafrel tahun lalu, dengarnya aktres cantik dari Lahat Datu, Sabah itu tetap mendapat kemaafan daripada pemilik syarikat itu, David Teo.
Tapi yang tak sedap didengar, rupa-rupanya dalam diam-diam ada dalam kalangan artis MIG yang membantah keputusan David. Mereka mendakwa David tak adil!
Sehingga ada yang pakat nak berhenti daripada menjadi artis MIG kalau Wawa kembali kerja di MIG. Sampai begitu sekali. Ish... ish... ish...
Tak sangka Miss J rupa-rupanya Wawa masih berpengaruh dalam syarikat itu. Masih ada aura yang hebat sehinggakan bayangan Wawa pun ditakuti!

Ye ke? Hah.. yang itu Miss J tak pasti. Kena tanya semula dengan Wawa yang dah lama menghilang diri itu. Sekarang ini, pokok persoalannya adalah bilakah Wawa akan kembali ke MIG?

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP