Loading...
Saturday, January 25, 2014

Fazura tak nak gaduh2

RAMAI yang melihat perang dingin antara pelakon Fazura dan Hanez Suraya tidak patut berlaku dan seharusnya keduanya lebih matang menangani masalah tersebut.

Ada juga yang berpendapat bahawa tindakan Fazura juga keterlaluan rentetan menyekat Instagram Hanez Suraya.

Disebabkan dakwaan peminat yang mengatakan Hanez meniru fesyennya, pelakon Gol dan Gincu ini, dikatakan terus melatah dan bertindak menyekat Hanez untuk mengikuti Instagramnya.


Bagaimanapun, Hanez dilihat lebih terbuka kerana mengakui dia tetap mengagumi kecantikan dan fesyen Fazura serta enggan  memanjangkan perseteruan antara mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP