Loading...
Monday, January 27, 2014

Hafiz belum sampai tahap macam Siti Nurhaliza

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-28 Hafiz Suip menganggap dirinya terlalu jauh untuk menjadi pengganti kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.
Hafiz, 24, berkata, masih terlalu awal untuk meletakkan dirinya sebaris penyanyi tersohor itu.
"Masih terlalu jauh untuk saya sampai ke tahap yang diraih oleh Datuk Siti dan saya masih baru dalam industri ini, banyak lagi yang perlu saya pelajari.
"Bagaimanapun, saya tidak menafikan beliau merupakan idola saya dan saya sentiasa menjadikan kejayaan beliau sebagai pembakar semangat kepada saya untuk sampai ke tahap yang lebih baik," katanya kepada mStar Online.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Anugerah Juara Lagu ke 28, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, malam Ahad lalu.
Pada acara itu, lagu ciptaan LY dan lirik oleh Baiduri nyanyian Hafiz iaitu Bahagiamu Deritakudipilih sebagai juara AJL 28.
Siti Nurhaliza.
Kemenangan itu membolehkan mereka berkongsi hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 dan trofi.
Hafiz turut memenangi Persembahan Terbaik yang melayakkannya mendapat RM10,000.
Dalam pada itu, Hafiz sentiasa berpegang kepada nasihat keluarga agar tidak mudah bersikap sombong dan riak dengan kejayaan yang dikecapnya.
Mengulas tentang lagu Bahagiamu Deritaku, Hafiz berkata lagu tersebut mempunyai kekuatan daripada segi melodi dan lirik yang dihasilkan.
Dia juga berkata, ketelitian komposer LY semasa proses rakaman lagu tersebut turut menyumbang kepada hasil yang terbaik.
"LY seorang yang sangat teliti dan dia akan suruh saya rakam sehingga dia rasa benar-benar terbaik. Dia seorang yang tahu apa yang dia inginkan dalam sesebuah lagu itu," katanya

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP