Loading...
Monday, January 27, 2014

Kemenangan Adele Dalam Anugerah Grammy Diketahui Di Bilik Tidur

Kemenangan Adele Dalam Anugerah Grammy Diketahui Di Bilik Tidur
PENYANYI yang terkenal dengan lagu Someone Like You, Adele mengetahui kemenangannya pada Anugerah Grammy ke-56 yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat pada malam Ahad lalu dari bilik tidurnya.
Daily Mail melaporkan, Adele tidak dapat menghadiri acara gilang gemilang itu kerana terlantar sakit sejak beberapa hari lalu.
Adele memenangi Lagu Terbaik Filem menerusi lagu Skyfall dan trofi tersebut adalah yang kesepuluh buatnya.
"Terima kasih atas penghargaan Grammy. Saya hanya berbaring seperti manusia yang tidak berguna. Selamat menikmati malam anda," katanya dalam satu entri di Twitter miliknya.
Sebelum ini, lagu tersebut yang dicipta untuk filem James Bond : Skyfall turut menerima pengiktirafan pada Anugerah Golden Globe

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP