Malam esok sekali lagi Stadium Putra Bukit Jalil bakal bergegar mencari lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28).
Seperti tahun sebelumnya memang sukar untuk meramal lagu manakah yang layak untuk bergelar juara memandangkan penilaian terlalu subjektif manakala peminat sendiri pasti ada calon kegemaran masing-masing.
Jika pada tahun lalu karya Terukir Di Bintang hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi Yuna menjulang trofi berkenaan, melihat calon AJL28 besar kemungkinan penyanyi lelaki berpeluang besar pulang dengan kemenangan itu.
Apa tidaknya, bukan calang-calang hebatnya calon lelaki bertanding termasuklah penerima trofi Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut Hafiz Suip mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku.
Apa tidaknya, bukan calang-calang hebatnya calon lelaki bertanding termasuklah penerima trofi Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut Hafiz Suip mempertaruhkan lagu Bahagiamu Deritaku.
Hasil ciptaan LY Baiduri, mungkinkah berulang lagi kemenangan penyanyi kelahiran Sarawak itu memandangkan karya terbabit juga meninggalkan impak tersendiri menerusi kekuatan melodi mahupun liriknya?
Bagaimana pula dengan trofi Vokal Terbaik? Adakah Hafiz bakal mempertahankan sekali lagi kemenangan sebelum ini dengan membolot trofi berkenaan pada tahun ini?
Turut menyaingi penyanyi muda itu tentunya rakan seangkatan yang sama-sama lahir dari program realiti Akademi Fantasia iaitu Hazama yang turut punya potensi besar menerusi Penglipur Lara.
Akhir-akhir ini semakin menempa nama dalam kalangan peminat, band Hyper Act yang mempertaruhkan lagu Hanya Aku juga tidak patut dipandang rendah lantaran sambutan terhadap lagu itu sendiri luar biasa.
Julung kali bertanding pada acara berkenaan, Hanya Aku dicipta dengan lirik yang cukup kuat sementara alunan vokal penyanyi utamanya Roni melengkapkan lagi kehebatan lagu itu.
Bersaing bersama Hyper Act, tidak ketinggalan band mempertaruhkan irama reggae Salammusik menerusi lagu Aku Pelat juga mungkin berupaya membuat kejutan jika melihat daripada segi subjektifnya penilaian juri kelak.
Ini kerana, pada Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) lalu, kumpulan berkenaan turut mencipta kejutan apabila berjaya dinobatkan pemenang trofi Album Terbaik.
Kembali pada persaingan kali ini, beberapa penyanyi yang pernah masuk bertanding sebelum ini termasuklah Noh Salleh (Hujan) bersama Aizat menerusi In Love With You, Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya) dan Black (Takkan Terpisah).
Menjadi antara empat calon wanita yang lolos ke final pula, bukan baru dalam persaingan kali ini penyanyi lincah Stacy pula tentunya ditunggu terutama persembahannya mempertaruhkan lagu rancak Bosan, Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Alyah (Kau Yang Terindah) dan Najwa Latif (Sahabat).
Tidak ketinggalan, sudah menjadi siulan berikutan melodi yang ‘catchy’, penyanyi kelahiran Singapura Awi Rafael juga pasti dinantikan mempersembahkan lagu Kalau Aku Kaya bersama Altimet.
Dihoskan AG HotFM dan Scha AlYahya, AJL28 menampilkan konsep ‘Game On’ tahun ini dan bakal diserikan persembahan selingan hebat antaranya Mus (May), Shila Amzah, W.A.R.I.S, Datuk M. Daud Kilau, Ziana Zain, Ahli Fiqir dan One Nation Emcees.
0 comments:
Post a Comment