Loading...
Tuesday, January 28, 2014

Nana berduet dgn Aliff Aziz teringat Achik Spin

Kerap kali bila kita menyaksikan penyanyi ini menghasilkan lagu baharu, jarang lagu-lagu yang dinyanyikan secara solo mendapat tempat di hati peminat. Sebaliknya, kebanyakan lagu yang dinyanyikan secara duet oleh penyanyi ini, menjadi hits dan mendapat tempat di hati pendengar.
Itulah rencana terbaharu Siti Nordiana Alias atau lebih dikenali dengan panggilan Nana yang baru-baru ini sedang dalam proses rakaman lagu duet bersama Aliff Aziz.
Kebanyakan lagu hits Nana sebelum ini dinyanyi secara duet bersama Allahyarham Achik Spin. Tetapi, Aliff Aziz bukanlah pasangan duet yang pertamanya selepas pemergian arwah.
Malah, Nana sempat berduet bersama dengan Vince melalui lagu Kerna Apa Kau Begitu dan Deddy Dores menerusi lagu Biar Seperti Bidadari.
Ditanya mengapa memilih Aliff Aziz, jelas Nana, pemilihan Aliff itu dibuat oleh syarikat rakaman dan kebetulan, suara jejaka itu memang sesuai dengan lagu terbaharu ini.
"Pada dasarnya, lagu ini bergenre balada dan pop komersial, jadi untuk genre seperti ini, saya memerlukan seorang lelaki yang mempunyai intonasi vokal lembut.
"Aliff mempunyai suara yang lembut dan rasanya sangat sesuai untuk berduet bersama saya untuk lagu ini," jelasnya.
Mengulas mengenai lagu baharu ini, jelas Nana, lagu ciptaan Mawar Putih ini belum lagi mempunyai tajuk dan baharu sahaja menjalani sesi rakaman.
"Kita baharu sahaja nak memulakan sesi rakaman untuk lagi ini. Bagi saya, lirik lagu kali ini masih menceritakan tentang cinta, tetapi lebih ke arah kerohanian," ujarnya.
Tambah Nana, dia melihat auranya sebagai penyanyi duet lebih melonjakkan namanya sebagai penyanyi biarpun tahu bahawa berduet dengan penyanyi lelaki seperti Aliff akan mengundang gosip.
"Saya sudah terfikir bila beduet dengan Aliff, bakal mengundang gosip, tetapi saya tidak kisah kerana kita kerja secara profesional. Kisah peribadi itu tidak boleh dicampurkan.

"Saya melihat duet ini sebenarnya memberi banyak kelebihan. Peminat saya contohnya terdiri daripada golongan yang membesar dengan lagu-lagu saya bersama Achik.
"Tetapi, bila berpeluang untuk melakukan duet bersama dengan Aliff, ini memberi peluang untuk peminat-peminat Aliff yang terdiri daripada golongan remaja mengenali saya," jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP