1. Soo Wincci Dikategorikan sebagai pelajar cemerlang dalam dalam Masterchef All Stars selain terkenal sebagai seseorang yang suka mensensasikan percakapannya. Contohnya, ‘pancung kambing itu’ (potong kambing), ‘ke neraka’ (ke pusingan penyingkiran) dan ‘ke syurga’ (selamat dari pusingan penyingkiran).
Soo turut digelar sebagai Ratu Pencuci Mulut selain suka melakukan eksperimen dalam masakannya dengan ‘tagline’ ‘kita kasi hentam saja’. Selain itu dia juga kerap membawa buku masakan ke mana-mana saja selain sukakan cabaran seperti sanggup ke pusingan penyingkiran walaupun menang dan diberi peluang untuk tidak memasak.
Semasa memasak, Soo tidak akan menoleh ke kiri atau kanan dan hanya diam saja. Selain itu, dia juga suka membantu peserta lain terutamanya Michael Ang.
2. Zamir
2. Zamir
Peserta paling muda dan selalu mengigil pada setiap cabaran dan rasa paniknya tak dapat disembunyikan.
Pada peringkat awal, Zamir adalah peserta paling tidak menyerlah kerana dia seorang pendiam dan hanya mendengar kata selebriti lain.
Walaupun pendiam, tetapi Zamir sering diberi kepercayaan menjadi ketua pasukan dalam cabaran luar.
Prestasinya juga tidak menentu dan dilabel sebagai ‘Raja Pusingan Penyingkiran’ kerana dia antara yang paling kerap memasuki pusingan itu. Namun apa yang menarik, setiap kali ke pusingan penyingkiran dia akan terselamat dan mendapat tempat pertama dalam kebanyakan cabaran.
Zamir juga seorang yang diam-diam berisi kerana menyimpan hasrat menghantar Celina ke pusingan penyingkiran kerana Celina jarang memasuki pusingan itu.
Zamir adalah pakar masakan Barat atau Western tetapi sangat lemah dalam masakan Melayu.
3. Brian
Digelar Raja Pencuci Mulut dalam Masterchef All Stars dan peserta paling lurus, jujur dan juga sering keliru.
Micheal Ang menggelarnya bibik kerana dia seorang yang lurus bendul dan suka mengikut arahan orang walaupun sebenarnya dia ditipu.
Rakan karibnya ialah Imelda dan selalu berganding bahu dengannya, namun apabila Imelda tersingkir, Zamir menjadi rakan karibnya.
Kemampuannya untuk memasak dan bertanding buat kali kedua dalam Masterchef All Stars berinspirasikan mendiang bapanya yang meninggal dunia kerana barah. Segala masakan adalah inspirasi daripada kesakitan mendiang bapanya.
Brian juga terkenal kerana suka memakai topi dan Michael Ang menggelar Brian sebagai Bruno Mars ‘jadian’.
4. Celina Khor
Satu-satunya peserta yang tidak pernah memasuki pusingan penyingkiran sehingga Top 5 dan Celina juga seorang yang sangat dedikasi dan fokus dalam masakan.
Selain itu dia dikenali sebagai peserta paling senyap dan tidak akan mempedulikan apa yang berlaku dalam kalangan peserta lain walaupun berlaku kontroversi.
Celina kerap dilipih sebagai ketua pasukan dan juga seorang yang garang.
0 comments:
Post a Comment