Loading...
Saturday, January 25, 2014

Kim Soo Hyun bukan pilihan Jun Ji-hyun

MUNGKIN ramai wanita yang impikan untuk berada dalam pelukan aktor Kim Soo Hyun seperti mana watak Cheon Song-yi,lakonan Jun Ji-hyun dalam drama My Love From The Star.
Ternyata sikap budiman dan wajah tampan jejaka itu berjaya membuka hati aktres jelita tersebut untuk menerima tawaran berlakon drama 20 episod berkenaan.
Namun hakikatnya, dalam kehidupan sebenar, wanita jelita yang berusia 30 tahun itu lebih selesa dan selamat berada dalam pelukan suami yang tidak kurang kacaknya, Choi Joon Hyuk.
Jun Ji-hyun dan Choi Joon Hyuk yang bekerja di sebuah bank berkahwin pada 13 April 2012 di Hotel Shilla, Jangchung-dong, Seoul.

Memandangkan Choi Joon Hyuk bukan daripada kalangan selebriti, maka Jun Ji-hyun cuba sedaya upaya menjaga hati suaminya dengan mengelak daripada melakonkan adegan yang melampau.
“Ini bukan kali pertama saya berlakon bersama Kim Soo Hyun. Kami pernah bergandingan dalam filem The Thieves. Atas dasar kerjasama dan keserasian itulah saya bersedia berlakon drama ini selepas dipujuk oleh dia," katanya pada sidang akhbar sebelum ini.
Kata pelakon filem My Sassy Girl (2001) itu, memandangkan suaminya tidak menggemari adegan dia berkucup dengan Kim Soo Hyun dalam filem The Thieves, maka dia lebih berhati-hati kini.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP