Loading...
Thursday, January 30, 2014

Nnancie Foo tolak 13 kali lamaran

Tinggal sehari lagi menjelang sambutan Tahun Baru Cina, pelbagai persiapan kini sudah menghampiri fasa terakhir. Tidak terkecuali, bekas Ratu Cantik Malaysia 1979, Nancie Foo yang giat menghias rumahnya dengan pelbagai aksesori bagi memeriahkan sambutwan Tahun Baru Cina.
Pastinya, setiap kali sambutan perayaan itu, ada cerita yang tersimpan disebaliknya. Begitu juga dengan Nancie.
Semasa berbual-bual tentang sambutan perayaan itu, Nancie sempat berkongsi cerita tentang kaitan kisah cintanya dan sambutan perayaan yang diraikan setahun sekali itu.
Hampir 29 tahun mengenali individu bernama Wong Kang Yeow yang kini bergelar suaminya, Nancie bercerita bahawa kisahnya bermula pada Tahun Baru Cina.
"Perkenalan antara saya dan suami bermula pada Tahun Baru Cina ketika dia datang ke rumah bersama dengan rakan-rakan untuk melawat ibu saya. Pada masa itu, keluarga saya mengadakan rumah terbuka, jadi ramai yang datang dan tidak sangka pula jodoh saya turut hadir ketika itu," ceritanya sambil tertawa kecil.
Daripada perkenalan yang singkat itu, akhirnya mereka mula keluar bersama dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.
"Masa suami mula-mula jumpa saya, dia tidak tahu pun tentang karier saya. Masa itu, saya sudah berlakon dan dia tidak tahu tentang itu. Bila kita sudah kerap kali bertemu selepas itu, baru dia tahu yang sebenarnya saya adalah seorang artis. Mungkin rakan-rakan dia yang beritahu," ujar Nancy.
Tetapi, bukan mudah untuk Nancie membuka hati untuk menerima lelaki itu menjadi seorang 'raja' dalam hidupnya. Baginya, banyak sebab untuk dia bersikap terlalu memilih, memandangkan dia hanya mahu hidup dengan seorang suami sahaja untuk sepanjang kehidupan.
13 kali tolak lamaran
Bercerita lanjut tentang kisah cinta mereka, selepas dua tahun berkenalan, barulah dia membuka hati untuk bergelar isteri kepada lelaki berkenaan.
Tetapi, jarak perjalanan antara kisah cinta tidaklah semudah yang disangka. Mendengar cerita Nancie, nampak kegigihan suami untuk menyunting Nancie sebagai isteri.
Menurutnya, sepanjang dua tahun perkenalan,bukan sekali dia menerima lamaran daripada suaminya itu.
"Dalam tempoh dua tahun kami berkenalan, kalau tidak silap, hampir 13 kali saya menolak lamarannya. Tetapi, menolak itu bukanlah bermakna saya tidak suka kepadanya. Walaupun saya menolak lamaran pada mulanya, kami tetap berkawan dan dia tidak pernah mengalah," jelasnya.
Tambah Nancie, dia menolak lamaran suaminya kerana ketika itu tidak bersedia lagi untuk bergelar seorang isteri. Baginya, tanggungjawab itu bukan sesuatu yang mudah untuk dipikul dan memerlukan masa untuk membuat keputusan.
"Dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencuba. Dia adalah seorang yang sangat susah untuk berkata tidak.
"Kegigihan itu akhirnya membuatkan saya tertarik untuk menerimanya menjadi suami dalam hidup saya," jelasnya.
Tambahnya, satu lagi perkara yang berjaya memikat dirinya untuk menjadikan lelak itu sebagai suami adalah kerana sikap menghormati orang tua.
"Suami saya pandai mengambil hati dan menghormati kedua ibu bapa saya. Sikap itu yang penting sebenarnya Malah, melalui sikap itu, saya yakin dia adalah bakal suami yang sangat sesuai untuk saya," jelasnya yang akan teringat kembali kisah silam, zaman-zaman percintaannya yang penuh dengan kemanisan setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.
Melayari bahtera perkahwinan yang kini sudah berusia 26 tahun, mereka dikurnia tiga anak perempuan, Wong Ai Dee, 21, Wong Ai Vee, 19 dan Wong Ai Lee, 13.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP