Membintangi filem ini di samping pelakon hebat, John Cusack, Emma membawa watak sebagai seorang mahasiswa yang gemar menulis puisi.
Menerusi puisi terakhirnya, dia teringin untuk menjalani hubungan terlarang dengan ramai lelaki. Namun apabila puisinya itu dapat dihidu orang tuanya, dia mula dipantau keras dan tidak dibenarkan bergaul bebas.
Mengulas mengenai wataknya itu, Emma berkata, dia tidak khuatir dengan pandangan masyarakat terhadap peranan yang dibawanya kali ini.
"Watak saya kali ini agak mencabar. Sekiranya peminat terpedaya dengan watak itu, maka saya benar-benar sudah berjaya menghayatinya," kata pelakon We're The Millers ini.
0 comments:
Post a Comment