Pelakon dan pelawak Muhammad Yazid Lim, 30, atau lebih dikenali sebagai Johan (Raja Lawak) yang berada di Tanah Suci Mekah kini sudah membotakkan kepalanya setelah beberapa tahun berimej rambut panjang dan berjambang.
Melalui gambar yang dikongsi menerusi laman Instagram milik isterinya, turut menjelaskan Johan membotakkan rambutnya itu atas sebab peribadi.
"Alhamdulilah, ini hasil semalam. Bak kata suami saya, kalau nak botak atau gunting rambut pun biarlah bersebab." Demikian antara yang ditulis oleh Ozlyn Wati yang turut menunaikan umrah bersama suami.
Sebelum berangkat ke Mekah, penyampai radio Era FM ini juga telah memenangi kes tuntutan saman terhadap pengarah drama, Mohd. Javed Mohd Nizar menerusi syarikat Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan mencederakan dirinya.
Walaupun Johan menuntut RM1 juta dalam saman berkenaan sebelum ini, Hakim bagaimanapun akan menetapkan jumlah ganti rugi yang harus dibayar pihak defenden pada 23 Januari depan.
Dalam kejadian yang berlaku pada Jun 2010, Johan menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.
0 comments:
Post a Comment