Loading...
Wednesday, January 15, 2014

Datuk Rosyam suruh polis tengok balistik

Pelakon Datuk Rosyam Nor menyeru anggota polis menonton filem lakonannya berjudul Balistik yang telah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara sejak Khamis lalu.
Menurut Rosyam yang merupakan pelakon utama Balistik, filem terbitan syarikatnya RK Screen Sdn. Bhd. dan Asia Tropical Films itu memaparkan kisah komitmen anggota polis dalam memerangi penjenayah kejam.
“Saya belum berpuas hati walaupun kutipan tiket Balistik mencecah RM1.8 juta selepas enam hari ditayangkan di 91 pawagam di seluruh negara dan juga satu pawagam di Brunei serta satu lagi pawagam di Singapura.
“Kalau boleh saya mahu menyasarkan kutipan tiket filem arahan Silver Chung ini sebanyak RM2.5 juta atau RM3 juta bagi membolehkan saya menerbitkan sekuel Balistik II selepas ini nanti," katanya

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP