Loading...
Sunday, January 12, 2014

Hanez suraya tiada masaalah dengan fazura

PADA bulan November tahun lalu, Hanez Suraya teruk dikecam peminat pelakon Nur Fazura. Mereka (peminat Fazura) mendakwa, bekas kekasih penyanyi Awi Rafael itu meniru gaya dan penampilan pelakon idola mereka, Fazura.
Malah, perkara itu juga memberi kesan kepada Fazura sendiri apabila pelakon filem Pisau Cukur itu memuat naik status seakan-akan memerli Hanez dalam sebuah laman sosial miliknya.
Fazura menulis: “Tiruan adalah bentuk pujian ikhlas. Terima kasih. Tetapi... cukuplah. Ia semakin menjengkelkan”.
Imitation is the sincerest form of flattery. Gratefully. But hey girl.. Enough already. It's getting quite Annoying. #Copycat #SameIndustry #FindYourOwnIdentity #BeYourself #BeOriginal
Sehingga kini, Hanez dikatakan masih lagi menerima kecaman daripada peminat-peminat Fazura.
Bertemu dengannya ketika menjadi pengacara majlis sempena sidang akhbar persembahan amal Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan bersama Datuk Rossa, Datuk Jamal Abdillah dan Afgan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, Hanez semakin rimas dan meminta supaya peminat-peminat Fazura berhenti daripada menuduhnya meniru gaya serta membandingkan dirinya dengan pelakon itu.
Ikuti luahan Hanez kepada Kosmo! selanjutnya.
Kosmo!: Adakah anda masih menerima kecaman daripada peminat Fazura sehingga kini?
HANEZ: Sejak dari hari itu sampai sekarang, setiap kali saya memuat naik gambar diri saya di Instagram, orang akan membandingkan saya dengan dia (Fazura). Saya minta supaya hentikanlah perkara ini. Tak perlu hendak bandingkan diri saya dengan dia lagi.
Bagaimanakah hubungan dengan Fazura selepas anda dituduh menirunya?
Saya tiada masalah dengan dia. Cuma, peminat-peminat dia masih belum berhenti marah dan membandingkan diri saya dengan dia.
Tutup kisah tersebut, kenapa mencuba bidang pengacaraan pula?
Sebenarnya saya ada mengacarakan sebuah program sukan lasak berjudul Cool untuk RTM. Program 13 episod itu akan ditayangkan pada Hari Belia nanti tetapi untuk mengacarakan majlis korporat seperti ini (persembahan Malam Gala Cinta Tanpa Sempadan) ia adalah pertama kali.
Sebenarnya, saya tidak berani mengacarakan majlis besar seperti ini. Saya sudah tolak tetapi pemilik Airish Global Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Aizuddin Mohd. Ghazali yang juga merupakan penaja persembahan malam amal itu memujuk dan akhirnya saya bersetuju.
Kenapa Hanez menolak pada mulanya dan kenapa akhirnya anda terima pula?
Saya tiada pengalaman dan tidak berani tetapi apabila Datuk Aizuddin beritahu saya ada pasangan iaitu AG Hot FM untuk mengacarakan majlis tersebut, saya terus setuju.
Bersedia menerima kritikan selepas menceburi bidang pengacaraan?
Saya bersedia berdepan dengan kritikan. Sebab ini adalah jalan yang saya pilih.
Beralih pada soalan lain pula, apakah projek lakonan terbaharu anda untuk tahun 2014?
Pada awal bulan Jun nanti saya akan terlibat dengan teater buat pertama kalinya iaitu teater Projek Kahwin bersama pelakon Izzue Islam. Ia akan diadakah di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Drama bersiri Autumn Di Hatiku untuk musim kedua nanti juga akan ditayangkan pada pertengahan bulan ini. Selepas itu, saya akan terlibat dengan sebuah drama dengan Datin Paduka Shuhaimi Baba untuk slot Zehra di TV3.
Bagaimanakah persediaan untuk teater berskala besar seperti itu?
Saya akan menjalani latihan teater pada bulan lima nanti tetapi pada bulan empat nanti, saya sendiri akan menjalani latihan berlakon dengan seorang pelatih teater.
Pada Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28), lagu nyanyian Awi Rafael iaitu Kalau Aku Kaya turut tercalon dalam AJL. Adakah Hanez menyokong Awi?
Walaupun hubungan kami sudah putus, saya akan sentiasa menyokongnya sebab saya memang minat lagu dan suaranya. Saya juga akan ke AJL28 nanti untuk menyokongnya.

from kosmo

1 comments:

  1. Jana income rm900 sehari tanpa modal. Asslm..tuan/puan drpd berfacebook tak dpt hasil, baik berfacebook yang dpt hasil. Saya nak berkongsi 1 program dari US yang boleh buat income sampingan. Free register tiada apa2 bayaran dikenakan. Tiada tipu muslihat (kalau anda rasa program ni menipu.. anda tak rugi apa2 pun.. anda tak keluar modal pun kan?) tak perlu cari org , tak perlu beli or jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu guna komputer sikit2. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat 25 usd x 3.4 = rm85.00. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 saya ni dan paste dkt facebook, Twitter dan sebagainya. Setiap org yang buka link anda, anda akan terima ganjaran sebanyak 10 usd x 3.4= rm 34.00 Mudah kan? Duit anda boleh pilih, samada duit masuk ke akaun bank atau cek akan di pos ke alamat rumah anda. register percuma sila Clik link ni

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=238344

    ReplyDelete

 
Toggle Footer
TOP