SETELAH lama mengelak untuk berkongsi kisah pemulihannya, pelakon High School Musical, iaitu Zac Efron membuka mulut ketika ditemu ramah dalam program Today.
Pengacara rancangan tersebut, Savannah Guthrie mengajukan soalan berkenaan membuatkan pelakon itu agak keberatan untuk memberikan jawapan.
“Saya faham, tahun lalu sangat berat bagi kamu apabila beberapa media melaporkan kamu telah pergi ke pusat pemulihan. A pa yang boleh kamu kongsi tentang itu,” tanya Guthrie.
Pelakon yang baru sahaja muncul dengan filem That Awkward Moment memberitahu dia sihat dan bebas daripada ketagihan dadah.
“Saya sudah sihat sepenuhnya dan tidak pernah rasa seperti ini. Saya bersyukur atas bantuan yang diberikan.
“Disebabkan pemulihan tersebut juga saya mampu berada di sini untuk mempromosikan filem terbaru,” katanya seperti dipetik E! News.
Sebelum ini, bekas kekasih Vanessa Hudgens itu dilaporkan mendapatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah secara rahsia selama lima bulan
0 comments:
Post a Comment