AKTOR Chow Yun-Fat mengusik rakan lakonnya dalam filem The Monkey King, Donnie Yen dengan melahirkan harapan agar sikap panas baran Donnie itu menjadi lebih baik selepas berlakon dalam filem tersebut.
Menurut Chow ketika ditemui media pada majlis sidang akhbar filem berkenaan di Beijing, China bersama barisan pelakon lain seperti Aaron Kwok dan Donnie, Chow berkata: "Semua mengatakan Donnie merupakan manusia paling kuat tetapi selepas menonton filem ini (The Monkey King), mereka akan sedar watak yang didukung Donnie (Sun Wukong) juga adalah yang terbaik."
Bagaimanapun, Chow menambah: "Saya berharap sikap panas baran Donnie menjadi lebih baik selepas filem ini selesai."
Chow mendedahkan, emosi Donnie sukar difahami. Dia mudah menjadi baran kerana perlu duduk selama beberapa jam untuk proses solekan khas watak, selain harus berlawan untuk babak aksi dalam filem berkenaan.
Donnie yang turut berada pada sidang akhbar itu terus ketawa dan membalas: "Saya sangat berbesar hati dapat bekerja dengan Chow Yun Fat dan Aaron Kwok. Ini merupakan pasukan lakonan impian saya."
Disoal mengenai kejadian sebenar yang berlaku ketika penggambaran antara Chow dan Donnie, hero Ip Man itu menafikan yang mereka bertengkar kerana kredibiliti masing-masing, sebaliknya mengatakan mereka sekadar bergurau di lokasi penggambaran.
Filem The Monkey King akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 31 Januari ini.
0 comments:
Post a Comment