Nafkah asal RM300 yang diperintahkan ke atas AC Mizal kini dinaikkan kepada RM1,400 sebulan.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah turut membenarkan permohonan Shafnie selaku plaintif berhubung tuntutan nafkah tahunan meliputi pakaian, rawatan dan pendidikan termasuk persediaan hari raya sebanyak RM3,000 setahun serta mengekalkan tuntutan nafkah untuk bulan Disember sebanyak RM1,000.
Menurut Abdul Halim, kesemua perintah itu diarah berkuat kuasa mulai bulan ini sehingga kedua-dua remaja tersebut, Muhammad Shafiq Iman, 18, dan adiknya, Muhammad Shabil Iman, 15, mencapai usia 18 tahun atau sampai habis pengajian atau mana yang kemudian.
Dalam prosiding semalam, Shafnie, 38, hadir diwakili peguam syarie, Azmi Rais.
Sementara, AC Mizal, 44, gagal hadir. Peguamnya, Aishah Din memaklumkan anak guamnya itu sedang menjalani penggambaran sehingga Februari.
0 comments:
Post a Comment