Loading...
Tuesday, January 14, 2014

Jacklyn nak kawin terus

Penyanyi Jaclyn Victor menganggap program realiti televisyen yang melahirkan bakat-bakat baharu terutamanya dalam bidang nyanyian tidak sesuai untuk dianjurkan pada setiap tahun.
Jaclyn atau nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 36, berkata, negara ini terlalu kecil untuk mencari bakat-bakat terpendam berbanding negara luar yang sememangnya mempunyai penduduk yang ramai.
"Malaysia ini terlalu kecil untuk mencari bakat-bakat baharu setiap tahun, kalau kita lihat di Singapura, mereka sendiri menghadkan pengeluaran bakat baharu bagi mencari kualiti.
"Bila ia dianjurkan setiap tahun, akan ada muka-muka yang sama yang tidak berjaya tahun lepas untuk mencuba nasib pada tahun berikutnya," katanya kepada mStar Online.
Jaclyn berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemunculan bintang-bintang realiti baharu yang menjadi pesaing dalam industri hiburan tanah air.
Bagaimanapun, Jaclyn berkata, ia merupakan persaingan yang sihat dan dapat mewarnai lagi industri muzik tempatan.
"Program realiti adalah platform dan terpulang kepada peserta atau bintang yang berjaya untuk mencari jalan mereka berada dalam industri ini," katanya.
Jaclyn bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu 28 melalui lagu Ikut Rentakku pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Dalam perkembangan peribadi, Jaclyn mengakui, dia kini sudah mempunyai teman istimewa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Biarpun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut, Jaclyn berkata, dia tidak mahu bercinta terlalu lama untuk menamatkan zaman bujangnya.
"Kali ini saya tidak mahu buang masa terlalu lama untuk bercinta, jika serasi, saya akan segera berkahwin," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP