Loading...
Sunday, January 19, 2014

Jennifer Lawrence suka memberi

SIAPA tahu aktres wanita, Jennifer Lawrence yang dikatakan mulut celupar ini sebenarnya berhati mulia.

Baru-baru ini Lawrence dikatakan telah memberi bantuan kewangan kepada salah seorang kru filem The Hunger Games yang terpaksa menjalani rawatan akibat kanser pankreas yang dialaminya.

"Tidak hanya memberi bantuan sebanyak AS$25,000 (RM82,397), Lawrence juga dengan inisiatifnya sendiri telah meminta bantuan daripada pelakon filem yang sama untuk memberikan dana kepada kru itu.

"Hasil daripada dana itu, dia berjaya mengumpul sebanyak AS$50,000 (RM164,795). Keluarga kru tersebut amat berterima kasih dengan bantuan yang diberikan," kata sumber.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP