Loading...
Wednesday, January 15, 2014

Maia ex Ahmad Dhani tak kasi anak bercinta

BIARPUN bekas suaminya, Ahmad Dhani lebih menunjukkan sikap terbuka terhadap tiga putera mereka, Al, El dan Dul, namun lain pula ceritanya dengan Maia Estianty.

Menurut Maia, biarpun anak sulungnya, Ahmad Al Ghazali atau Al sudah pun menginjak remaja, namun dia masih menganggap Al seperti anak kecil yang perlu diberi perhatian.

"Saya beritahu kepada Al, El, dan Dul bahawa mereka masih muda. Jadi apa yang penting sekarang adalah pelajaran, jika sudah habis belajar dan berjaya, mereka tidak perlu lagi mencari.

"Pasti akan ada gadis-gadis yang mengejar untuk mendapatkan mereka. Oleh kerana itu, ini bukan waktu yang sesuai untuk bercinta," katanya.

Maia juga mengakui dia sangat mementingkan pendidikan anak-anak dan dan meletakkan syarat hiburan mesti diletakkan di tangga yang kedua.

"Saya tidak pernah halang mereka aktif dalam dunia hiburan. Tapi dengan syarat, pertama dahulukan pelajaran dan kedua barulah dunia seni.

Tapi kalau kedua-dua berjalan seiring dengan sukses, tidak mengapa," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP