Loading...
Monday, January 20, 2014

Nama Mr Arrojgant jadi glamor plak

:
 Pelakon Azlee Khairi terkilan apabila beberapa pihak cuba menggunakan nama dan tajuk drama popular lakonannya iaitu Love You Mr Arrogant sebagai jenama produk mereka.
Azlee, 25, berkata, perkara tersebut telah menimbulkan kekeliruan apabila ramai yang menganggap produk tersebut merupakan keluarannya.
"Selepas drama tersebut popular banyak produk yang dijual dengan nama Mr Arrogant, ia telah menimbulkan kekeliruan terutama dikalangan peminat-peminat.
"Ramai juga yang bertanya saya tentang produk itu dan bagaimana untuk mendapatkannya, walhal saya sendiri tidak tahu tentang perkara itu," katanya kepadamStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit miliknya, AK Mr Arrogant, di hotel Dynasty, di sini, malam Ahad.

Tambah Azlee, ada segelintir yang menyalahgunakan media sosial dengan menggunakan identitinya dengan tujuan menjual produk mereka.
Sementara itu, Azlee turut berharap selepas pelancaran produk penjagaan kulit AK Arrogant miliknya ini, orang ramai terutamanya peminat tidak keliru dengan pelbagai produk lain yang mengunakan nama tersebut.
"Saya tidak ada jual kopi atau legging, saya hanya ada satu produk iaitu produk penjagaan kulit AK Arrogant sahaja,
"Ada juga yang guna identiti saya untuk jual macam-macam sehinggakan pengikut dia lebih ramai daripada saya," katanya.
Dalam pada itu, Azlee turut mengakui tujuan menceburkan diri dalam dunia perniagaan adalah kerana perancangan untuk kerjaya masa hadapan.
Dia mengakui persiapan yang cukup perlu dilakukan sebelum mengambil keputusan berundur daripada dunia hiburan.
"Saya tidak akan selama-lamanya jadi pelakon, kita kena berundur sebelum orang suruh kita berundur.
"Ini adalah salah satu rancangan saya untuk masa depan jika sudah tidak berada dalam bidang lakonan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP