Loading...
Tuesday, January 14, 2014

Sepahtu diramal juara maharaja lawak

Ramai meramalkan kumpulan Sepahtu mampu menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM) dengan membolot hadiah wang tunai RM500,000 ditawarkan pada pertandingan akhir, 7 Februari ini.
Ramalan itu berdasarkan markah daripada para pengkritik MLM dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton yang diperolehi Sepahtu sentiasa berada di tangga teratas termasuklah pada minggu kesembilan Jumaat lalu.
Pada pertandingan itu, Sepahtu mendapat markah sebanyak 65 peratus diikuti Nabil (64 peratus), Bocey (60 peratus), SYJ (59 peratus), Jambu (58 peratus), Shiro (57 peratus), Comey (56 peratus) dan Walla (46 peratus).
Tambah menguatkan lagi ramalan itu apabila pada pertandingan minggu lalu, Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Rahim dan Shuib muncul pemenang minggu kesembilan dengan mendapat sebuah kereta Perodua Alza yang berharga lebih RM40,000.
Malah, Rahim turut diangkat sebagai pemenang bagi kategori Man of The Match berdasarkan prestasi serta sokongan para penonton terhadapnya. -


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP