Loading...
Monday, January 20, 2014

Usia 46 tahun bukan penghalang ROY tetap glamor

Wataknya sebagai Azroy dalam filem Gila-Gila Remaja pernah mencairkan hati ramai wanita. Watak jejaka nakal, tetapi romantik lakonannya dalam filem arahan bapanya itu memang meninggalkan kesan mendalam kepada ramai peminat, terutama lelaki, yang kemudian ‘mencuri’ identiti karakter terbabit untuk diri mereka dalam kehidupan sebenar. 

Biarpun 28 tahun sudah berlalu, hero yang kini mencecah usia 46 tahun ini, masih disukai ramai. Mungkin kegilaan terhadap dirinya kini agak berbeza, apatah lagi Faizal Hussein sendiri sudah mempunyai keluarga. Mengekalkan nama dalam dunia lakonan bagi tempoh kira-kira tiga dekad bukanlah pencapaian yang harus dipandang ringan. 
Biarpun sudah berpuluh filem dan drama dibintanginya selepas Gila-Gila Remaja meledak pada 1986, namun, watak Roy seakan sukar dikikiskan daripada diri aktor berkenaan. Ke mana saja beliau pergi, dirinya masih menjadi perhatian, khususnya peminat wanita yang membesar pada era 80-an. 



Pilih watak 

Anak kepada pasangan pelakon Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail ini pernah menyepi hampir lima tahun daripada dunia glamor, iaitu sekitar 1995 hingga 2000. 

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP