Loading...
Sunday, January 19, 2014

Fida penuh kontoversi





Menjadi juara pertan­dingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene pada 2007 membuka ruang buat Fida Ibrahim, 27, untuk bertapak di persada seni. Niatnya ingin bergelar penyanyi, namun tawaran menjadi pengacara lebih dulu diberi padanya.
Fida mula dikenali sebagai pelakon apabila membintangi drama rantaian Runtun Qalbu dan pernah menandatangani kontrak setahun di bawah pengurusan MIG Talent, tetapi menamatkan kontraknya kerana ingin mencari peluang dalam bidang muzik. 
Wanita bertubuh kecil ini mula dilanda kontroversi apabila bercinta dengan Mamat Sepah dan bekas teman lelakinya memuat naik gambar menampakkan sebahagian rambutnya ketika sama-sama bercuti di Batam, Indonesia. 
Hubungan mereka akhirnya putus disebabkan kejadian itu. Kemudian Fida rapat pula dengan pelakon Zalif Sidek tetapi renggang gara-gara Fida menerima mesej daripada seorang wanita mengaku sebagai teman wanita Zalif.      gambar fida ketika kanak2                              


Bakatnya sebagai penyanyi mula menyerlah selepas menyanyikan semula lagu Apa Kono Eh Jang berganding dengan Datuk AC Mizal dan Stella.
Bagaimanapun, dia dikecam apabila mengadakan persembahan dengan memakai seluar ketat sewaktu menjayakan persembahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012, tahun lalu. Fida juga pernah mencuba nasib menjadi pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF2013) namun tidak terpilih kerana didakwa meraih undi awal. Ia juga percubaan kali ketiga untuk mencuba nasib dalam pertandingan realiti itu. 
Dia juga pernah dikatakan bercinta dengan pengurus sendiri, malah terheret dalam kontroversi meninggalkan lokasi penggambaran pada saat akhir. Paling teruk, Fida dikecam sebagai perosak imej wanita bertudung.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP