INI kisah terbaru yang Aida dengar mengenai artis jelita Lana Nordin. Setelah kena 'kelentong' dengan Johan Asari, Lana sekarang sedang dalam fasa digoda seseorang. Melalui cerita yang disampaikan sumber, lelaki yang dimaksudkan itu adalah orang kuat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang boleh dikatakan dikenali juga. Mungkin terpesona dengan Lana, si lelaki gatal ini hendak cuba 'masuk' jarum, dengan mengirim mesej berbunyi menggoda. Dengan harapan Lana masuk perangkaplah tu agaknya.
Dan, cerita ini jadi tambah menarik apabila Aida dapat tahu, cinta si lelaki orang kuat persatuan ni dengan seorang artis wanita masih lagi berjalan, belum putus. Soalnya mengapa dia begitu berani 'mencuba' Lana sedangkan semua peminat sudah tahu dia sedang bercinta dengan si penyanyi popular lagi meletop itu? Dasar buayakah dia? Bukan sekejap hubungan cinta yang terjalin di antara dia dan teman wanitanya itu tau, sudah ambil masa bertahun jugalah. Mungkin mahu berlagak hero, atau mengambil kesempatan ke atas Lana yang fikirnya memerlukan seseorang di kala ini, agaknyalah kot. Macam-macam.
Tetapi bagi Aida, lelaki ini perlu lebih mengenali siapa Lana yang sebenar. Melihat perjalanan cinta Lana, Aida tidak fikir, dia akan mudah menerima sahaja pelawaan lelaki playboy sebegini. Lana takkan jadi perampas kekasih orang. Jangan fikir wanita ini mudah diperdaya dengan wajah dan hartamu wahai playboy.
Juga, kasihanilah dengan teman wanita kau yang tidak sudah-sudah memaparkan kasih dan cintanya di laman sosial itu ketika ini. Nasihat Aida kepada teman wanita yang juga penyanyi popular itu, mungkin sudah sampai masanya dia menyelidik siapa sebenarnya lelaki itu. Jangan menyesal kemudian hari ya dik.
Nota Kaki : Cinta Nora Danish dan Nedim Nazri semakin mekar, moga mereka cepat disatukan.
0 comments:
Post a Comment