Loading...
Sunday, January 19, 2014

Selene Gomez bercinta dgn Miller Pula

Pelik tapi entah kenapa penyanyi muda Selena Gomez masih tetap mendampingi atau ada hati pada bekas kekasihnya Justin Bieber meskipun perhubungan mereka yang tidak menentu serta mengelirukan.
Tidak ketinggalan hujung tahun lalu juga mereka didakwa kembali bersama meskipun sebelum ini penyanyi Love You Like A Love Song itu seakan sudah putus harapan apalagi perangai liar Bieber makin menjadi-jadi
Bagaimanapun, perkhabaran terbaru ini pastinya memberi petanda bahawa penyanyi berkenaan masih mampu berfikir waras serta memilih lelaki terbaik buatnya. Dihidu makin intim dengan rapper Romeo Miller, kesahihan cinta mereka nampaknya masih teka-teki.

Semua bermula apabila Disember lalu, apabila Miller dikatakan memuat naik fotonya berhibur dengan kawan-kawan pada malam sebelum dan pada jam 5 pagi keesokan hari, Selena memuat naik pula fotonya memakai baju Miller di akaun Instagram.
Bukan berita baru kerana sebelum ini pun rapper terbabit sudah banyak kali cuba memujuk Selena untuk keluar dengannya, namun penyanyi berkenaan nampak­nya mungkin masih belum terbuka hati bercinta semula.

Lantas, apabila komunikasi mereka di Instagram semakin kerap dan intim, daripada situlah hubungan mereka menjadi persoalan. Terbaru, selepas mencuba sekian lama, akhirnya Miller berjaya juga mengetuk pintu hati Selena keluar bersamanya.

Bagaimanapun, bukan bermakna mereka sudah ke arah saling mendekati secara serius kerana beberapa sumber nyata berbalah mengenai berita itu tidak terkecuali peminat setia Bieber yang masih mengharapkan mereka kembali bersama.

Satu sumber di Hol­lywood pula mengatakan percaya ada sesuatu antara Selena dan Miller sekarang kerana mereka sudah beberapa kali keluar bersama.

“Selama ini Selena kerap menolak pelawaan Miller, tapi rapper berkenaan nampaknya tidak berputus asa. Sekarang ini, pelawaannya tidak lagi ditolak dan dia sudah pun berjaya mengajak penyanyi jelita itu keluar,” katanya.

Menyangkal mengenai perkara itu pula, menurut sumber terdekat penyanyi itu, ia bukanlah seperti yang digembar-gemburkan.

“Semua itu tidak benar,” kata kenyataannya.

Jelas menumpukan kepada kerjaya seninya sekarang ini, kesibukan Selena sajalah membuatkan dirinya semakin gembira dengan hidup, malah sampai terpaksa membatalkan siri jelajah di Asia dan Australia.

Mengakui sendiri dia kini perlukan masa untuk diri sendiri, nampaknya Miller terpaksa menunggu jika benar-benar mahu mendekati penyanyi terbabit.

“Jelas sekarang baik buat diri saya mahupun orang terdekat segala kerja keras yang saya curahkan sangat berbaloi. Oleh sebab itulah saya kini hanya mahu meluang­kan masa buat diri sendiri saja dulu dalam proses menjadi yang lebih baik lagi selepas ini,” kata­nya

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP