SEORANG teman Miss J sudah sampaikan cerita pasal Zizan Raja Lawak.
Katanya, dia ternampak di depan matanya yang Zizan dan Emma Maembong bercumbuan dalam kapal terbang semasa mereka dalam perjalanan menuju ke Los Angeles (LA), Amerika Syarikat tempoh hari.
Umum pun tahu memang sekarang ini mereka berdua berada di LA bersama Wirefame Entertainment. Tak cuma berdua tetapi turut disertai Kaka dan pihak pengurusan Wirefame.
Tak kisahlah pasal percutian itu. Ceritanya sekarang, kenapa Zizan nak tayang aksi macam itu dalam kapal terbang yang sah-sahlah bukan mereka berdua saja yang ada. Ramai lagi penumpang lain yang tentu-tentu punya mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar dan mengenai mereka.
Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?
Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.
Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku. Habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah? Macam itu? Ke sebab ada nyamuk kat pipi Emma? Kalau ada nyamuk tak payah cium, tampar pakai tangan pun boleh.
Apa pun, Miss J memang tak berkenanlah cara Zizan itu. Bukanlah sebab Miss J ini ortodoks atau konservatif sangat.
Iyalah, kalau nak cium boleh... kahwinlah cepat-cepat. Hati kalau dah suka, tunggu lama-lama buat apa? Betul tak?
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140119/hi_03/Bercumbu-dengan-Emma-ya#ixzz2qtE9ERi3
© Utusan Melayu (M) Bhd
0 comments:
Post a Comment