Loading...
Thursday, February 20, 2014

‘Saya bukan taasub’

Lapan tahun hubungan mereka diuji gelombang, namun Almy Nadia Aminuddin Shah tabah menelan setiap dugaan yang datang.

Biarpun bakal suami, Fizz Fairuz pernah memungkiri janji melamarnya selepas memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), tiga tahun lalu, Almy tidak menyimpan dendam. 


Malah, Almy masih menerima lamaran Fizz yang akhirnya terbuka hati memperisterikannya. 


“Ibu hairan kenapa saya terlalu taksub kepada Fizz sehingga beliau menggelarkan percintaan kami sebagai ‘cinta mati’,” bicara wanita ini di hujung talian ketika dihubungi HIP, baru-baru ini.

Seandainya ada anugerah wanita paling tabah, mungkin ia layak menjadi milik Almy. Bayangkan lapan tahun mereka menyimpul kasih, tidak sedikit tindak tanduk Fizz mencalar hatinya.

Fizz bukan saja memungkiri janji untuk melamar Almy, malah pelakon itu mengikat tali pertunangan dengan wanita lain pada 10 Februari 2013. Namun ikatan itu cuma bertahan seminggu apabila Fizz mendapati tunangannya itu isteri orang.

Sukar menolak cinta 
Sekalipun dirinya pernah diketepikan, namun Almy tidak ragu-ragu menyambut kembali cinta dihulurkan Fizz. Sepanjang berpisah, bukan tiada jejaka lain cuba menghampiri, tetapi tiada yang setanding bakal suaminya tanggal Mei depan.

“Entahlah, sayapun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya. Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP