PIHAK polis terpaksa membuat rondaan sekerap mungkin di rumah sewa Justin Bieber di Atlanta, Georgia bagi memastikan bintang pop itu tidak diganggu peminat.
Bieber berpindah ke rumah agam milik bintan R&B Dallas Austin minggu lepas selepas menandatangani perjanjian sewa selama tiga bulan.
Seperti dilapor contactmusic.com, kawasan elit itu berada dibawah bidang kuasa Jabatan Polis Sandy Spring.
Jabatan polis tersebut telah meletakkan pegawai rondaan khas untuk menjaga privasi bintang pop bermasalah ini.
0 comments:
Post a Comment