Aktres berusia 39 tahun itu turut mengakui ada menerima pinangan daripada jejaka yang jauh lebih muda daripada usianya.
Bahkan, katanya, ada juga jejaka-jejaka yang menghantar ibu bapa mereka untuk meminang dirinya.
Bagaimanapun, kata pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini, dia terpaksa menolak semua pinangan tersebut atas sebab-sebab yang tertentu.
“Saya menolak semua pinangan mereka dengan baik. Fokus saya kini adalah pada anak-anak dan soal kerjaya. Buat masa ini, saya tak mahu mencari pengganti lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013).
Meskipun begitu, katanya, dalam menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal, dia sering diusik oleh anak-anaknya supaya mencari teman hidup yang baharu.
“Sesiapa saja boleh jadi calon suami saya. Asalkan dia seorang yang ikhlas menerima saya dan anak-anak. Cuma, buat masa ini saya selesa dengan kehidupan saya kini,” jelas pelakon drama Spa Q ini.
Lebih selektif
Beralih kepada soal kerjayanya pula, pelakon cantik ini mengakui kini dia lebih selektif dalam menerima tawaran berlakon.
Jelasnya, keputusan itu diambil lantaran dia tidak mahu dilabel sebagai stereotaip kerana asyik membawa watak yang sama dalam drama atau filem.
“Skrip dan watak itu biarlah seiring dengan usia saya. Saya tak mahu lagi memegang watak dengan karakter yang lebih kurang sama.
“Bila hal itu terjadi, saya tidak perlu melakukan sebarang kajian.
"Saya mahukan cabaran, saya mahu tawaran yang saya terima itu memerlukan saya buat sedikit kajian seterusnya menjayakan watak itu,” kata pelakon drama Mahar Untukmu ini.
Pemilik nama Nor’asikin Karman ini bukan saja sangat berbakat dalam lakonan, tetapi juga dalam bidang nyanyian.
“Saya kini sudah kembali aktif menyanyi. Sekarang, saya banyak menyanyi menerusi jemputan majlis makan malam,” katanya turut sibuk dengan perniagaan katering yang diusahakannya.
0 comments:
Post a Comment