Loading...
Saturday, February 22, 2014

AKTRES Song Hye Gyo yang berpasangan dengan Hyun Bin

AKTRES Song Hye Gyo yang berpasangan dengan Hyun Bin dalam drama Worlds Within atau The World That They Live In (2008), mengambil keputusan untuk tidak menerima bayaran lakonan mereka daripada drama tersebut.
Keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk membantu produksi yang menghadapi masalah kewangan.
Pada 14 Februari lalu, pegawai produksi beritahu yang Song Hye Gyo, Hyun Bin, Yoon Yeo Jung, Bae Jong Ok, Um Ki Joon dan beberapa pelakon lain sepakat untuk tidak menerima bayaran tunggakan daripada syarikat YEG yang menerbit drama itu.
"Sewaktu drama itu ke udara, syarikat produksi itu menghadapi masalah kerana rating drama tidak tinggi. Disebabkan itu para pelakon dan kru tidak menerima bayaran akhir.
"Apabila syarikat cuba menyelesaikan masalah bayaran yang tertunggak kepada yang terlibat pada tahun lalu, mereka menghadapi masalah untuk mengumpul wang kerana wang telah digunakan bagi memulihkan syarikat," jelas kakitangan syarikat berkenaan.
Dalam menghadapi situasi itu, difahamkan Song Hye Gyo yang rapat dengan presiden YEG, Ahn Jae Hyung mengambil keputusan untuk tidak menerima bayaran bakinya.
"Song Hye Gyo dan Hyun Bin banyak memberi sokongan kepada Ahn Jae Hyung untuk memulihkan semula syarikat. Song Hye Gyo juga berharap Ahn Jae Hyung yang pernah menerajui syarikat yang mengurus kerjayanya sebelum ini agar tabah menghadapi dugaan dan kembali bangun menerbitkan drama.
"Drama Worlds Within yang memaparkan kisah cinta pelakon utama yang berlatar belakangkan syarikat tersebut, bagaimanapun tidak berjaya mengaut keuntungan. Disebabkan jumlah penonton yang sikit, drama tersebut menghadapi masalah kewangan," jelasnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP