PENYANYI Justin Timberlake terpaksa membatalkan persembahan di Madison Square di New York kerana masalah kesihatan.
Bagaimanapun, persembahan yang sepatutnya berlangsung pada malam Rabu lalu ditunda kepada Jumaat, lapor contactmusic.com.
"Maaf, saya terpaksa membatalkan konsert pada malam Rabu kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan,
"Saya minta maaf kepada yang telah membeli tiket pada malam Rabu dan berharap bertemu anda pada konsert seterusnya," tulisnya melalui laman sosial Twitter.
Timberlake dalam rangka jelajah dunia, termasuk beberapa persembahan di Eropah, Timur Tengah, Asia dan Amerika Utara.
0 comments:
Post a Comment